Thursday 20 August 2015

Ayam penelur


                                   


Seekor ayam telur di ladang mampu menghasilkan sehingga 280 telur sepanjang tempoh dua tahun hidup dalam reban.
Selepas itu, ia akan dijual sebagai ayam tua kerana pada umur itu, ayam sudah melepasi tahap penghasilan telur yang baik apabila gagal menepati prinsip empat hari tiga telur walaupun kuat makan tetapi kurang bertelur.
Setiap ayam mengambil masa 21 hingga 22 jam untuk menghasilkan sebiji telur dalam badannya sebelum dikeluarkan. Selepas berehat sekejap, proses penghasilan telur dalam badan itu berulang semula.
Keadaan itu menyebabkan ayam terbabit hanya makan dan menghasilkan telur sepanjang masa kerana tiada aktiviti yang dilakukan dalam kotak kurungan dalam reban. Berikutan keupayaan ayam makan kira-kira 110 gram dedak sehari, ia juga membuang 100 gram najis untuk tempoh sama

Ternakan yang diuruskan dengan betul didalam persekitaran yang selesa akan membesar dan mengeluarkan hasil dengan baik dan berkualiti serta baik dan dengan itu output ladang yang maksimum. Untuk output yang maksimum ia memerlukan integrasi sepadu dari segi kualiti anak ayam yang dibeli , pengurusan makanan , pengurusan air minuman , pengurusan kesihatan dan persekitaran pemeliharaan. Sebarang bentuk tekanan hendaklah dielakan. Anak ayam yang bermutu akan membesar dengan baik dan dengan itu mengeluarkan telur dengan bilangan dan kualiti yang baik. Makanan dan air minuman yang diberi hendaklah bermutu baik dan mencukupi. Makanan hendaklah disimpan ditempat dan pada suhu yang baik supaya tidak menjejaskan mutunya. Setiap ekor ayam perlu diberikan ruang lantai , ruang makanan dan minuman yang mencukupi mengikut peringkat pembesaran. Ketinggian bekas makanan dan minuman juga diselaraskan dengan peringkat pertumbuhan. Kesemua ini bukan sahaja dapat mengelakan tekanan dan pembaziran juga mempastikan keseragaman pembesaran.

PENGURUSAN SISA LADANG

Sisa ladang ayam daging termasuklah sampah-saraf, saraf lantai, ayam yang mati, tahi ayam dan telur yang pecah. Sisa ini boleh menjadi tempat pembiakan lalat yang baik, menarik pemangsa datang ke ladang dan membawa bersama penyakit serta menyebabkan bau. Jika ianya tidak dilupuskan dengan sistematik dan sempurna bolih menyebabkan masalah kacau-ganggu kepada masyarakat persekitaran dan kejadian penyakit kepada ayam-ayam peliharaan.

KAWASAN DAN PERUMAHAN

Pemilihan lokasi dan binaan reban yang sesuai serta pengurusan yang baik adalah penting untuk kepastian operasi ladang yang cekap, produktif, output yang maksimum dan berterusan. Kepekaan masyarakat kepada kualiti alam dan produk yang memberikan kesejahteraan kepada kesihatan dan kehidupan akan mewujudkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh industri.

FAKTOR PENGURUSAN PENYAKIT

Penyakit akan mengurangkan produktiviti kerana meningkatkan kos operasi akibat dari penggunaan ubat rawatan , kematian , menjejaskan pertumbuhan dan pengeluaran serta kualiti telur yang dihasilkan. Langkah-langkah kawalan penyakit seperti biosekuriti dan pelalian perlu dilaksanakan dengan teratur. Penggunaan ubatan didalam rawatan apabila perlu hendaklah mematuhi peraturan untuk mempastikan tiada residu ubat didalam telur atau mempastikan tidak meenggunakan ubat terlarang. Penggunaan ubat dengan betul juga dapat mengelakan pembentukan kekebalan terhadap ubat oleh kuman.

HARGA TELUR AYAM

telur ayam dipasarkan berdasarkan sen sebiji mengikut gred. telur dikelaskan kepada beberapa gred berasaskan berat. Gred-gred tersebut adalah gred AA , A , B , C , D , E dan F. Harga telur ayam juga turun-naik

AA lebih dari 70 gram
A 65-70 gram
B 60-65 gram
C 55-60 gram
D 50-55 gram
 E 45-50 gram
F dibawah 45 gram

PENGANGKUTAN

Mengurangkan tekanan haba dan stress semasa pengangkutan anak ayam adalah penting. Anak ayam yang terdedah kepada stress mungkin akan mengalam kadar kematian yang tinggi, terjejas pertumbuhan , terjejas ketahanan badan dan memudahkan terkena penyakit. Penghantaran anak-anak ayam kepada pembeli hendakalah menggunakan kenderaan yang dilengkapi dengan sistem ventilasi yang baik. telur pula mesti diangkut berhati-hati bagi mengelakan telur-telur pecah. Penggunaan sistem dan dulang telur yang baik adalah penting untuk mengurangkan masalah ini. Untuk menjaga kualiti yang baik telur sebaiknya diangkut menggunakan pengangkutan yang dilengkapi dengan sistem ventilasi yang baik terutama yang mempunyai sistem penyejukan.

PENYAKIT AYAM

                           
                                                                        KOLERA



                                                             
                                                                              GUMBORO



               
                                                               ND(NEWCASTLE DISEASE)


                             
                                                              AVIAN INFLUENZA

                                       
                                                           EGG DROP SINDROME



No comments:

Post a Comment